PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA


KEHIDUPAN PERIBADI

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan HajahTeh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

PendidikanSejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II. Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

Kerjaya

Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul Razak berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun. Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai olehTunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Selepas pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah". Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya dapat menghapuskan kemiskinan dan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum. Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik. Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.

Garis masa
§  1922: Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
§  1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
§  1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
§  1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
§  1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
§  1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
§  1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
§  1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
§  1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
§  1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
§  1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
§  1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno.
§  1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat leukimia di London pada Januari. Dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
§   
Sumbangan Tun Abdul Razak
§  Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
§  Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
§  Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
§  Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
§  Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
§  Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
§  Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
§  Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
§  Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999


PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA


LATAR BELAKANG
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 – 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. PembentukanMalaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai “Tunku“, beliau juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “BapaMalaysia“.

KEHIDUPAN PERIBADI
Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku Tunku Abdul Rahman dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

PENDIDIKAN
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siamdi rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku Abdul Rahman kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya diPenangFreeSchool. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan diUnited Kingdomdibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid (‘kulit berwarna’) masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku Abdul Rahman agak kebaratan. Semasa beliau dihantar keEngland, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di PulauPinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada diCambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula keEnglanduntuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di InnerTemplepadatahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku Abdul Rahman pergi semula keEngland buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera UtaraAustralia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di InnerTemplepadatahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai “Persatuan Pelajar India Islam” yang menuntut kemerdekaanIndia. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar “Pesta Bola Merdeka” pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

KELUARGA TUNKU ABDUL RAHMAN 
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya diEngland. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939.
Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

KERJAYA POLITIK
Selepas pemulangannya keMalayapada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan keKuala Lumpurdi mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union olehBritain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: SejarahMalaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

LALUAN KE KEMERDEKAAN
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan keLondonuntuk memperolehi kemerdekaanMalaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaumIndiakemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan keLondonuntuk berunding tentang kemerdekaanMalaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun diKuala Lumpurpada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak “Merdeka!”. Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaanMalaysiayang biasa.

TUNKU ABDUL RAHMAN  SEBAGAI PERDANA MENTERI
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politikMalayadan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. PembentukanMalaysiapada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku Abdul Rahman pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada “Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara” pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecualiBrunei, beliau menjadi Perdana MenteriMalaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya.
Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee disana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkanMalaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk “memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat” berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP.

PEMISAHAN DAN KEMERDEKAAN SINGAPURA (9 OGOS 1965)
Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh ‘Turki Muda’ yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

KEGIATAN ISLAM
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961,Malaysiamenjadi tuan rumah kepada “Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa” yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden “Majlis Da’wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik” (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.

TAHUN-TAHUN AKHIR TUNKU ABDUL RAHMAN
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat suratkhabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku Abdul Rahman menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, “Mengenang kembali” (“Looking Back”) dan “Sebagaimana yang Saya Perlihatkan” (“As I See It”) kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkansurat khabar itu.
Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar “UMNO Malaysia”, tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot. Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku Abdul Rahman tinggal di sebuah rumah di PulauPinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star

SEJARAH PENDIDIKAN PONDOK DI MALAYSIA


Sesekali apabila menulis artikel berbentuk sejarah ini, mampu menaikkan kembali semangat kita untuk menghargai betapa bertuahnya kita yang di lahirkan selepas mereka. Betapa susahnya untuk mendapat peluang belajar pada zaman dahulu kala jika hendak di bandingkan dengan zaman kita sekarang. Tapi yang peliknya, apabila semakin mudah cara untuk kita mendapatkan ilmu semakin malaslah pula sesetengah dari kita untuk belajar bersungguh-sungguh. Pelik!

Info sejarah ini adalah hasil penulisan Haji Muhammad Zakaria yang merupakan seorang penulis di majalah Solusi, isu no.31. Penghargaan buat penulis dari saya. Kepada yang berminat, mari kita menghayati sejarah pendidikan pondok di Malaysia.

Pendidikan awal dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada abad ke-15 hingga ke-17. Golongan yang terdidik adalah golongan istana. Mereka mempelajari pendidikan agaman Islam melalui guru-guru al-Quran yang terdapat dikampung-kampung atau melalui mereka yang berketurunan Sayid. Kebanyakkan mereka mengajar di surau-surau ataupun di masjid-masjid. Pada masa yang sama, guru-guru itu menjadi imam kepada penduduk kampung tersebut.

Antara yang di ajar termasuklah membaca dan menulis huruf-huruf al-Quran, tulisan Jawi, tajwid, ilmu fardu ain, rukun Islam dan rukun iman. Para pelajar ketika itu tidak dikenakan sebarang bayaran. Sumbangan daripada pelajar sekadar berbentuk khidmat membantu guru membersihkan kawasan persekitaran tempat belajar, mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah, mengambil kayu api dan sebagainya.

Pada abad ke-18, pelajaran agama Islam berkembang maju apabila beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah berhijrah ke Tanah Melayu. Antaranya ialah Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad, yang kemudiannya bermastautin di Terengganu. Keturunan beliau yang bergelar Tok Pulau Manis, kemudiannya telah menjadi seorang ulama yang masyhur. Tok Pulau Manis pernah belajar di Aceh dan Makkah. Beliau seterusnya mengasaskan sekolah agama di Pulau Manis, Kuala Terengganu.

Apabila berlaku peperangan antara orang Islam dengan kerajaan Siam di Pattani, lebih ramai lagi alim ulama yang berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Antaranya termasuklah Syeikh Daud Abdullah yang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan Syeikh Abdul Kadir yang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan Kuala Terengganu. Juga terdapat gru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah berhijrah ke Terengganu.

Dengan adanya tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan, pendidikan agama Islam telah tersebar dengan lebih luas termasuk negeri-negeri Melayu di sebelah utara.

Bagi anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan berkeinginan melanjutkan pelajaran, mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar. Jika mereka bertuah mereka berpeluang memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kolej yang didirikan pada tahun 1905 ini berasakan English Grammar School di England. Walau bagaimanapun, kolej ini hanya di khaskan untuk anak-anak daripada golongan diraja dan bangsawan sahaja. Hanya anak-anak Melayu yang cemerlang dipilih untuk belajar di sini.

Sekolah-sekolah lain yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu yang memiliki pandangan hidup Islam ialah sekolah-sekolah Arab dan agama. Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah pondok, sekolah Arab dan sekolah agama muncul di merata-rata tempat di seluruh Semenanjung terutamanya Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Sekolah agama atau madrasah telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan bagi masyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkan kekuatan, bimbingan dan semangat kepada muridnya untuk meghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi barat. Taraf pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi.

Banyak antara pelajar lepasan madrasah umpamanya daripada Madrasah al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu, Kelantan dan Maahad al-Ihya’ al-Syarif, Gunung Semanggol Perak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya di MasjidilHaram Haram Makkah dan Universiti al-Azhar Mesir.

Penghijrahan tokoh-tokoh agama dari Pattani dan Timur Tengah telah memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku bahasa Arab yang telah di terjemahkan kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi, terutamanya sekitar Abad ke-19.

Dipercayai bahawa orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Syeikh Haji Abdul Halim. Beliau mengajar anak-anak para pembesar dan orang kebanyakkan. Kehadiran beliau kemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenal sebagai pusat perkembangan pengajian agama Islam.