Sesekali apabila menulis artikel berbentuk sejarah ini, mampu menaikkan kembali
semangat kita untuk menghargai betapa bertuahnya kita yang di lahirkan selepas
mereka. Betapa susahnya untuk mendapat peluang belajar pada zaman dahulu kala
jika hendak di bandingkan dengan zaman kita sekarang. Tapi yang peliknya,
apabila semakin mudah cara untuk kita mendapatkan ilmu semakin malaslah pula
sesetengah dari kita untuk belajar bersungguh-sungguh. Pelik!
Info sejarah ini adalah hasil penulisan Haji Muhammad Zakaria yang merupakan
seorang penulis di majalah Solusi, isu no.31. Penghargaan buat penulis dari
saya. Kepada yang berminat, mari kita menghayati sejarah pendidikan pondok di
Malaysia.
Pendidikan awal dalam
kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bermula pada abad ke-15
hingga ke-17. Golongan yang terdidik adalah golongan istana. Mereka mempelajari
pendidikan agaman Islam melalui guru-guru al-Quran yang terdapat
dikampung-kampung atau melalui mereka yang berketurunan Sayid. Kebanyakkan
mereka mengajar di surau-surau ataupun di masjid-masjid. Pada masa yang sama,
guru-guru itu menjadi imam kepada penduduk kampung tersebut.
Antara yang di ajar
termasuklah membaca dan menulis huruf-huruf al-Quran, tulisan Jawi, tajwid,
ilmu fardu ain, rukun Islam dan rukun iman. Para pelajar ketika itu tidak
dikenakan sebarang bayaran. Sumbangan daripada pelajar sekadar berbentuk
khidmat membantu guru membersihkan kawasan persekitaran tempat belajar,
mengambil air, membantu kerja-kerja di sawah, mengambil kayu api dan
sebagainya.
Pada abad ke-18,
pelajaran agama Islam berkembang maju apabila beberapa orang alim ulama dari
Timur Tengah berhijrah ke Tanah Melayu. Antaranya ialah Syarif Muhammad yang
berasal dari Baghdad, yang kemudiannya bermastautin di Terengganu. Keturunan
beliau yang bergelar Tok Pulau Manis, kemudiannya telah menjadi seorang ulama
yang masyhur. Tok Pulau Manis pernah belajar di Aceh dan Makkah. Beliau
seterusnya mengasaskan sekolah agama di Pulau Manis, Kuala Terengganu.
Apabila berlaku
peperangan antara orang Islam dengan kerajaan Siam di Pattani, lebih ramai lagi
alim ulama yang berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Antaranya termasuklah
Syeikh Daud Abdullah yang bermastautin di Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan
Syeikh Abdul Kadir yang kemudiannya mengajar di Bukit Bayas dan Kuala
Terengganu. Juga terdapat gru-guru agama daripada keturunan al-Idrus yang telah
berhijrah ke Terengganu.
Dengan adanya
tokoh-tokoh agama yang disanjung oleh masyarakat tempatan, pendidikan agama
Islam telah tersebar dengan lebih luas termasuk negeri-negeri Melayu di sebelah
utara.
Bagi anak-anak Melayu
yang bercita-cita tinggi, berkemampuan dan berkeinginan melanjutkan pelajaran,
mereka terpaksa menyambung persekolahan di sekolah Inggeris yang terdapat di
bandar-bandar. Jika mereka bertuah mereka berpeluang memasuki Kolej Melayu
Kuala Kangsar. Kolej yang didirikan pada tahun 1905 ini berasakan English
Grammar School di England. Walau bagaimanapun, kolej ini hanya di khaskan untuk
anak-anak daripada golongan diraja dan bangsawan sahaja. Hanya anak-anak Melayu
yang cemerlang dipilih untuk belajar di sini.
Sekolah-sekolah lain
yang menampung pendidikan anak-anak Melayu dan telah memainkan peranan penting
dalam menghasilkan pemuda-pemuda Melayu yang memiliki pandangan hidup Islam
ialah sekolah-sekolah Arab dan agama. Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya
selepas Perang Dunia Kedua, sekolah-sekolah pondok, sekolah Arab dan sekolah
agama muncul di merata-rata tempat di seluruh Semenanjung terutamanya Kelantan,
Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
Sekolah agama atau
madrasah telah menjadi satu alternatif yang sesuai untuk mendapatkan pendidikan
bagi masyarakat ketika itu. Alternatif ini membekalkan kekuatan, bimbingan dan
semangat kepada muridnya untuk meghadapi segala cabaran dan dugaan akibat
daripada proses sekularisasi yang dianjurkan oleh institusi barat. Taraf
pendidikan di sesetengah madrasah ini mempunyai mutu yang tinggi.
Banyak antara pelajar
lepasan madrasah umpamanya daripada Madrasah al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah
Muhammadiah di Kota Bharu, Kelantan dan Maahad al-Ihya’ al-Syarif, Gunung
Semanggol Perak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke Asia Barat, terutamanya
di MasjidilHaram Haram Makkah dan Universiti al-Azhar Mesir.
Penghijrahan tokoh-tokoh
agama dari Pattani dan Timur Tengah telah memberi manfaat yang besar kepada
masyarakat Melayu Islam ketika itu. Banyak buku bahasa Arab yang telah di
terjemahkan kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi, terutamanya sekitar
Abad ke-19.
Dipercayai bahawa orang
yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Syeikh Haji
Abdul Halim. Beliau mengajar anak-anak para pembesar dan orang kebanyakkan.
Kehadiran beliau kemudiannya menyebabkan negeri Kelantan terkenal sebagai pusat
perkembangan pengajian agama Islam.
0 comments:
Post a Comment