KEHIDUPAN PERIBADI
Dilahirkan
di Pulau Keladi, Pekan, Pahang,
Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan HajahTeh
Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum
Pahang. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn,
ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana
Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk
Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.
PendidikanSejak
di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan
kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk
menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas
dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau
ditawarkan biasiswa untuk
menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan
sewaktu pencetusan Perang Dunia II. Selepas
peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk
belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England,
beliau bertemu dengan Tunku
Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan
yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan
sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku
yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga
menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan
persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya.
Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.
Kerjaya
Selepas
kepulangannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam
bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua
pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Dua tahun kemudian, Abdul
Razak berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada
Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur
hanya 33 tahun. Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada
Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi
Februari 1956 yang diketuai olehTunku Abdul Rahman ke
London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Selepas
pilihan raya umum 1959, Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di
samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian
Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan
dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah". Selepas Peristiwa
13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta
mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga
1970. Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua"
ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan
ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme
perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada
akhirnya dapat menghapuskan kemiskinan dan pengenalpastian fungsi ekonomi
dengan kaum. Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti
Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang
dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik. Disebabkan
sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam
Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya,
beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa
Pembangunan.
Garis masa
§ 1922: Dilahirkan
di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
§ 1934 (umur
12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala
Kangsar.
§ 1947 (umur
25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam
bidang undang-undang di England.
§ 1950 (umur
28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air,
beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
§ 1951 (umur
29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
§ 1952 (umur
30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
§ 1955 (umur
33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi
pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
§ 1956 (umur
34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai
anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
§ 1957 (umur
35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
§ 1969 (umur
47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya
tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai
ketuanya.
§ 1970 (umur
48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku
meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam
kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian
kekayaan negara yang lebih saksama.
§ 1972 (umur
50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke
pangkuan Umno.
§
Sumbangan Tun Abdul Razak
§ Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4
Oktober 1971 hingga Februari 1984).
§ Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1
November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
§ Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
§ Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh
Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
§ Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh
Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
§ Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh
University of Nottingham pada 11 Julai1986.
§ Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada
1988
§ Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh
Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
§ Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh
Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh
Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990 Anugerah
sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober
1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh
dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999
0 comments:
Post a Comment