KULIAH 2

http://www.slideshare.net/zuramole/20120305130337-kuliah-2

KULIAH 1:PENGENALAN KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN

http://www.slideshare.net/zuramole/20120220130254-kpf-4013-kuliah-1
KEDATANGAN JEPUN KE TANAH MELAYU
http://www.slideshare.net/sejarahkita/kedatangan-jepun-ke-tanah-melayu-pr

PERKEMBANGAN DAN PERANAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU DARI TAHUN 1926 HINGGA 1937




Pengenalan
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengangolongan intelek, agama berpendidikan timur tengahyang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab melayu yang dipimpin olehgolongan intelek Melayu berpendidikan melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek kegiatan berpesatuan lebih bercorak budaya, agama dan sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik.

Isi-isi

1.    Kesatuan Melayu Singapura (1926)
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura. Pengasas dan pemimpin KMS ialahMuhammad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh.
1.1Tujuan KMS
1.1.1Memajukan sosio ekonomi orang Melayu
1.1.2Menyedarkan orang Melayu kepentingan pendidikan
1.1.3Mengingatkan orang melayu kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak kebebasan.
1.1.4Menyedarkan orang Melayu kesan penjajahan
1.2Kejayaan KMS
1.2.1Menawarkan biasiswa kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran
1.2.2Memperoleh tanah seluas 251 hektar daripada British (Kampung Melayu diSingapura 1928)
1.2.3Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat.
1.2.4Penubuhan sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929.

Pada tahun 1937 cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. KMS adalah sebuah kesatuan yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga merupakan perantara orang Melayu dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

2. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) – 1934
2.1   Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu.
2.2   Diasaskan oleh akhbar Saudara.
2.3   Merupakan pertubuhan sosial kebajikan
2.4  Kegiatan lebih kepada bidang bahasa dan kesusasteraan
2.5  Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa
2.6  Pemimpin utama ialah Syed Alwi, S.M Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun   Mohd Hashim.
2.7 Keahliannya meningkat kepada 12 000 orang dan persidangan yangdianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan menyelesaikan masalahyang dihadapi orang lain.
2.8  Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan kesusasteraan Melayu pro  kaum Muda tetapi selepas persidangan kali pertama pada 11 November 1934 perjuangan lebih kepada memperbaiki kedudukan sosio ekonomiorang Melayu.
2.9 Saranan PASPAM adalah orang melayu mesti rajin, berusaha mencapai kemajuandan perpaduan. Perpecahan PASPAM berlaku sebab orang Melayu curigaterhadap golongan Arab dan India Muslim.
3.0Persatuan Melayu Perak
Ditubuhkan pada tahun 1937 di Ipoh. Keahlian 90 peratus terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin utama ialah Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kasim.
3.1Tujuan perjuangan
3.1.1 Baiki taraf sosial dan ekonomi Melayu
3.1.2Memelihara nasib orang Melayu
3.1.3Mengeratkan kerjasama antara orang Melayu
3.1.4Meningkatkan taraf pendidikan
3.1.5Dasar bekerjasama dengan British
3.1.6Ahli persatuan mesti taat kepada British, kerajaan dan raja

Kesimpulan
Dapat dijelaskan bahawa dua jenis pergerakan persatuan dan kelab bagi orang melayuiaitu mereka yang terdidik di sekolah Melayu bukan bangsawan dan mereka yang berpendidikan Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan. Gerakan nasionalismemelalui persatuan ini semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun. Selepas perang Dunia Kedua perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO sehinggakemerdekaan Tanah Melayu.

DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU SEHINGGA TAMAT PERANG DUNIA KEDUA


Pengenalan
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehinggalah 12september 1945. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama 3tahun 8 bulan.Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara Asia yang kaya dengan bahanmentah bagi memenuhi keperluan sekotor industri dan ketenteraannya. Walaupun tempohmasa pemerintahan Jepun di TM agak singkat namun ia berjaya menguasai politik,ekonomi dan sosial di TM. Ia juga memberi implikasi yang mendalam sosio-ekonomimasyarakat Tanah Melayu.

Isi-Isi Penting
Sistem pemerintahan Jepun di TM bercorak ketenteraan dan berada di bawah penguasaanseorang Jeneral. Pentadbiran di TM dibahagi kepada 2 iaitu Negeri-negeri Selatdiperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura sementaraSemenanjung Tanah Melayu diperintah oleh seorang Presiden atau Gunseikan. NamaSingapura telah diubah kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan. Tanah Melayu pula dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun.Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris tetapi hanya berkuasa sebagai ketua negeri sahaja. Sultan dibenarkan menjalankan tugas sebagai ketuaagama di negeri masing-masing. Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan agar apa yang dihajati tercapai. Ini kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan Melayu.Bagi menjaga kemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu, Jepunmembentuk pasukan keselamatan yang dketuai oleh pegawai Jepun dan anggota perisek tentera iaitu Kampetai untuk mengawal keamanan. Kampetai sangat kejam dan telahmenangkap serta membunuh ramai orang. Selain itu diwujudkan Tekikan iaitu pasukanmata-mata gelap yang bertugas mencari musuh-musuh yang menyokong Inggerismenentang pemerintahan Jepun atau menghasut melayu.Jepun juga menyebabkan ekonomi TM menghadapi kemerosotan akibat dasar sekatandaripada pihak asing. Ini menyebabkan semua sumber ekonomi dikuasai oleh Jepunsebelum Inggeris meninggalkan TM. Ekonomi TM merosot akibat taktik ”Bumi Hangus”iaitu banyak kemudahan awam telah dimusnahkan. Jepun memaksa rakyat menanamtanaman seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan bahanmakanan.
Perusahaan tempatan didirikan semula untuk menggantikan barang impot yang tidak diimport. Perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat Jepun seperti Mitsuidan Mitsubishi. Jepun juga memperkenalkan mata wang ” Pokok Pisang ”. Keadaan tidak terkawal serta kekurangan bahan-bahan pengguna menyebabkan berlaku inflasi denganharga barang yang melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun menjunam jatuh.Semasa pendudukan Jepun di TM, Jepun memberi layanan yang buruk kepada penduduk tempatan. Semua kaum iaitu orang Melayu,Cina dan India mengalami penyiksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran.Dalam sistem pendidikan Jepun telah menggantikan sistem pendidikan yang sedia adadengan sistem pendidikan jepun. Sistem pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin, taat setia pada maharaja Jepun dan kepatuhankepada kerajaan Jepun. Selain itu, kebudayaan Jepun disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu”Kamigayo”.

Kesimpulan
Corak pemerintahan Jepun di TM yang menggunakan kekerasan telah meninggalkankesan yang negatif hidup rakyat tempatan. Jepun menjalankan pemerintahan mengikutcorak pemerintahan di negara asal. Pemerintahan Jepun di TM telah menyebabkan penduduk menderita. Ekonomi negara turut mengalami kemerosotan dengan kadar inflasiyang teruk. Alau bagaimanapun kesempatan yang diberikan oleh Jepun kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran memberi peluang dan persediaan untuk mentadbir negarayang merdeka

TOK JANGGUT


PAHLAWANKU


PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA


PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1.   ZAMAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidangp ertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapatsatu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina disekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiranpendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu"pecah dan perintah” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar -pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara adhoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yangkonkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikans ebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelentwelfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. Tegasnya,pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsure kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalanganpenduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang initelah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatangkepada negara asal mereka.

2. PENDIDIKAN ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH
Vernakular Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan Melayudiadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolahmenengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayudiasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkananak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Olehitu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkankepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu ataumenyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu.Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambahterhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi,sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Padatahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telahditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan PerempuanMelayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini, dasar pentadbiranInggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orangMelayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayudaripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.
Pendidikan Arab Dan Agama
Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anakmelayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidakformal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikanmoral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arabdan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung TanahMelayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Vernakular Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaumpendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisimengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identitibangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campurtangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikanmasyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis sertalukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undangpada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru disekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Vernakular Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina,sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekola-sekolah Tamil yang didirikan di ladang-ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul-de-suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku-buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira, dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,danIndia.
Vernakular Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Penang FreeSchool ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19,mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris.Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of GreatBritain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

3.   PENDIDIKAN ZAMAN JEPUN.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolahrendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Surat khabar juga mempunyai ruangan khasbagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pasca zaman pemerintahan Jepuntidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat danmembentuk identiti Kebangsaan.

4.   PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AWAL MERDEKA
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak, supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkanpelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuah jawatankuasa Barnes.
4.1   Laporan Barnes
Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,danmencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan  memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.
4.2   Laporan Fenn Wu
Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikanSekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentangpendidikan di Tanah Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telahmengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar. memperkenalkan aliran Kebangsaan. .Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikanSekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu.

Laporan Pendidikan Ke Arah Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan
Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukanke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:
a)      Laporan Razak (1957)
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal denganLaporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah:-
1. Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan.
2. Pengakuan matlamatakhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama.
3. Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.
Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkanmasyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa disemua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

b)     Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapatsekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-1. Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
2. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupunberlainan bahasa di peringkat rendah, menengah, dan menengah atas
3. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untukkeperluan tenaga mahir.
4. Memberi penekanan kepada pendidikan moraldan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras

c)      Laporan Kabinet (1979)
Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah:-
1.       Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
2.       Penegasankepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) danpengajaran pemulihan.
3.       Pelajaran menengah atas melalui saluranakademik dan vokasional.
4.       Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun. 5
5.       Pendidikan kerohanian yang kukuh.
6.       Peningkatan keseluruhan mutupelajaran.

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6



SEKILAS PANDANG
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan. [2]

LATAR BELAKANG
Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala LipisPahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
PENDIDIKAN
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. JohnKuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire,England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun1974.
POLITIK
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
§  1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
§  1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
§  1982-1986 - Menteri Besar Pahang
§  1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
§  1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 19931996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .
Semasa Menjawat Perdana Menteri
Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau telah melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.[16]
Gagasan 1 Malaysia
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009[17]. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan[18]. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.
Anugerah diterima
Tahun
Nama Anugerah
Pemberi Anugerah
2012
Imam Khalifah Agung[19]
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
2012
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat[20]
Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
2011
Anugerah Kepimpinan Transformasi[21]
Forum Ekonomi Cina Dunia
2010
AFC Diamond of Asia[22]
Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010
King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)[23]
Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
2010
Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010[24]
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
2007
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM)[25]
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob