PERKEMBANGAN DAN PERANAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU DARI TAHUN 1926 HINGGA 1937




Pengenalan
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengangolongan intelek, agama berpendidikan timur tengahyang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab melayu yang dipimpin olehgolongan intelek Melayu berpendidikan melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek kegiatan berpesatuan lebih bercorak budaya, agama dan sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik.

Isi-isi

1.    Kesatuan Melayu Singapura (1926)
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura. Pengasas dan pemimpin KMS ialahMuhammad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh.
1.1Tujuan KMS
1.1.1Memajukan sosio ekonomi orang Melayu
1.1.2Menyedarkan orang Melayu kepentingan pendidikan
1.1.3Mengingatkan orang melayu kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak kebebasan.
1.1.4Menyedarkan orang Melayu kesan penjajahan
1.2Kejayaan KMS
1.2.1Menawarkan biasiswa kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran
1.2.2Memperoleh tanah seluas 251 hektar daripada British (Kampung Melayu diSingapura 1928)
1.2.3Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat.
1.2.4Penubuhan sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929.

Pada tahun 1937 cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. KMS adalah sebuah kesatuan yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga merupakan perantara orang Melayu dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

2. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) – 1934
2.1   Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu.
2.2   Diasaskan oleh akhbar Saudara.
2.3   Merupakan pertubuhan sosial kebajikan
2.4  Kegiatan lebih kepada bidang bahasa dan kesusasteraan
2.5  Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa
2.6  Pemimpin utama ialah Syed Alwi, S.M Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun   Mohd Hashim.
2.7 Keahliannya meningkat kepada 12 000 orang dan persidangan yangdianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan menyelesaikan masalahyang dihadapi orang lain.
2.8  Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan kesusasteraan Melayu pro  kaum Muda tetapi selepas persidangan kali pertama pada 11 November 1934 perjuangan lebih kepada memperbaiki kedudukan sosio ekonomiorang Melayu.
2.9 Saranan PASPAM adalah orang melayu mesti rajin, berusaha mencapai kemajuandan perpaduan. Perpecahan PASPAM berlaku sebab orang Melayu curigaterhadap golongan Arab dan India Muslim.
3.0Persatuan Melayu Perak
Ditubuhkan pada tahun 1937 di Ipoh. Keahlian 90 peratus terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin utama ialah Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kasim.
3.1Tujuan perjuangan
3.1.1 Baiki taraf sosial dan ekonomi Melayu
3.1.2Memelihara nasib orang Melayu
3.1.3Mengeratkan kerjasama antara orang Melayu
3.1.4Meningkatkan taraf pendidikan
3.1.5Dasar bekerjasama dengan British
3.1.6Ahli persatuan mesti taat kepada British, kerajaan dan raja

Kesimpulan
Dapat dijelaskan bahawa dua jenis pergerakan persatuan dan kelab bagi orang melayuiaitu mereka yang terdidik di sekolah Melayu bukan bangsawan dan mereka yang berpendidikan Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan. Gerakan nasionalismemelalui persatuan ini semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun. Selepas perang Dunia Kedua perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO sehinggakemerdekaan Tanah Melayu.

0 comments:

Post a Comment