TAMADUN ISLAM

Pengertian Tamadun Islam
KONSEP TAMADUN ISLAM



Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif

“ keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusi-

la dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.” (1)

Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai

pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat

membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan

mempunyai nilai-nilai seni. ( 2)
Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks Tamadun Islam iaitu madaniah, tamadun, hadarah dan umran. Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju. Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan. Perkataan tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti.




ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang hebat di dunia. Asas-asas tersebut ialah:
AKIDAH
Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.
SYARIAH
Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.
AKHLAK
Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.

AGEN PELENGKAP TAMADUN ISLAM
ILMU PENGETAHUAN
Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ). Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-Alaq, terdapat perkataan Iqra’ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan (3).
KEKUATAN MATERIAL
Nilai kebendaan juga penting dalam Tamadun Islam kerana Al-quran Sunnah menekankan ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali ( harta ) dan lain-lain. Kekuatan material dapat membantu dalam pembangunan sains dan teknologi seperti penyediaan teknologi persenjataan untuk mempertahankan kalimah Allah dan maruah Islam.( 4 )




CIRI- CIRI TAMADUN ISLAM
Ciri-ciri Tamadun Islam amat penting bagi mewujudkan tamadun yang kukuh dan maju. Antara ciri-ciri Tamadun Islam ialah:

1. Penggunaan tulisan. Membantu mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam dan meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat.
2. Kemunculan kota atau bandar bagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain.
3. Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan mealahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudnya suatu bentuk ekonomi bandar.
4. Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana , masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain.
5. Kewujudan negara Islam. Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri Tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.



SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
AL – QURAN

Al – Quran merupakan sumber yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah perkembangannya. Cara hidup atau kebudayaan semua orang Islam adalah sebahagian besarnya dipengaruhi oleh ayat-ayat dan idea-idea Al –Quran. Kalau tidak kerana adanya Al –Quran , nescaya Tamadun Islam tidak wujud di dunia ini. ( 5 )
AL – SUNNAH.
Al – Sunnah membawa maksud apa – apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dari segi perkataan , perbuatan , persetujuan atau sifat kejadian , akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul. ( 6 ) Peranan Al – Sunnah ialah menjelaskan perkara – perkara yang tidak dijelaskan dalam Al – Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang kurang jelas dalam Al – Quran.
AL - IJTIHAD
Ijtihad merupakan pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh untuk dapat sesuatu hukum syara’ mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qat’I atau secara putus dari Al – Quran dan AL – Sunnah. Ijtihad adalah asas keempat dalam pembinaan hukum Islam dan melaluinya hukum baru di sekitar dasar umum yang ditetapkan oleh Al – Quran dan Al – Sunnah dapat ditetapkan.



TAMADUN ASING
Islam tidak menolak segala hasil tamadun-tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun, ia bersifat mengambil dan memberi. Islam tidak menentang perkembangan kemajuan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan kepada manusia, tetapi akan menentang tamadun palsu yang membawa kemusnahan. ( 7 )

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Hubungan Manusia dengan Allah

Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui rukun Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Hubungan Manusia Dengan Manusia
Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan. Pematuhan syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di muka bumi. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong , kerjasama dan perpaduan.

Hubungan Manusia Dengan Alam
Allah menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam. Segala yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia. Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi
dan lain-lain meningkatkan keimanan kepada Allah dan Tamadun Islam ke arah kepentingan hidup manusia sejagat.

KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

Bersumberkan Kepada Al – Quran Dan Al – Sunnah
Ajaran-ajaran yang dibawa oleh Al-Quran , bimbingan serta panduan yang terdapat didalamnya telah mewujudkan tamadun yang unggul.

Bentuk Tetap
Berbentuk tetap dan bersandarkan kepada kitab Allah , maka ia terpelihara dari keinginan dan hawa nafsu kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram , baik buruk , apa yang boleh dan apa yang tidak boleh , semuanya jelas tertera di dalam kitab Allah dan Sunnah Rasul- Nya.

Terbuka
Tamadun Islam menerima dari pengalaman-pengalaman yang berguna dan mempersembahkan kepada tamadun asing hasil serta pencapaian yang diperoleh.



Bersesuaian Dengan Fitrah Manusia.
Ajaran-ajaran Islam bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat , maka tidak hairanlah jika Tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaran-ajarannya selaras dengan fitrah dan keperluan manusia.
Bersifat Syumul
Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman , lebarnya mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.


PENUTUP
Konsep Tamadun Islam yang mencakupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam suatu tamadun yang lengkap dan kukuh kerana ianya berlandaskan Al – Quran dan Al – Sunnah. Justeru itu Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggota. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik. Alasan ini dapat dikukuhkan dengan firman Allah dalam Surah Yusuf , ayat 40 yang bermaksud :

‘ Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah Addin ( agama ) yang benar. ‘

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Teori Kedatangan Islam Ke Nusantara
DEFINISI TAMADUN.
· Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
· Berpunca daripada kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
· Juga membawa erti membuka Bandar.
· Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud Bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.
· Kesimpulannya istilah “TAMADUN” boleh di takrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.Ringkasnya tamadun boleh di lihat sebagai pencapaian suatu bentuk budaya tinggi.


Kedatangan islam di nusantara dapat di bahagikan kepada tiga tahap:tahap persinggahan, tahap pertapakan, dan tahap penyebaran pengaruh secara besar-besaran.
Mengenai tahap pertama, ia berlaku sebagai kelangsungan dari ekgiatan perdagangan yang berjalan sejak sebelum kemunculan islam lagi.Ada dua teori yang pernah di kemukakan tentang hubungan arab dengan Asia Tenggara.Pertama, hubungan secara langsung dan kedua hubungan secara tidak langsung.
Mengenai hubungan secara langsung, ini berlaku berikutan dari keperluan barangan yang membawa pedagang-pedagang Arab dari Parsi ke Nusantara.Diantara barang-barang tersebut ialah:lada, rempah, kemenyan dan kapur barus.
Mengenai hubungan secara tidak langsung ini, berlaku apabila pedagang-pedagang Arab dan Parsi menjalankan kegiatan perdagangan dengan China.Memang di akui terdapatnya jalan darat melalui pelabuhan Oc-eo di Funan, tetapi pada umumnya pedagang-pedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara menurut musim angin.Dalam kegiatan ini mereka menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat persinggahan.
Selepas itu timbul pula tahap kedua di mana terdapat kesan-kesan pertapakan Islam di Asia tenggara.Ini berlaku sepanjang zaman Bani Umayyah (661-750) dan Bani Abasiyyah (750-1258) .Bukti yang selalu di sebutkan ialah tahun674 M.di mana di katakan sudah terdapat penempatan orang-orang Arab-Islam di pantai barat sumatera.Bahkan juga di katakan pada tahun yang sama terdapat orang-orang Ta-Shih di Jawa, iaitu orang-orang Arab atau Parsi yang beragama Islam.
Tragedi yang menimpa umat Islam di China yang kesannya turut di rasai oleh Nusantara.Tragedi pertama ialah pada tahun 878 M apabila tercetusnya pemberontakan oleh Hwang Chao do Canton yang menyebabkan terbunuhnya seramai 100, 000 orang asing dan kebanyakkannya orang-orangg Islam dan Arab.Akibat peristiwa ini ramai pedagang-pedagangg Islam yang melariakn diri ke Kedah dan Palembang.Demikian juga pada masa akhir Dinasti Tang (618-905) seramai 5000 rakyat asing telah di bunh oleh pemberontak yang di pimpin oleh Tien Sheng Kong di wilayah Yang Chow.Mereka terselamat lalu melarikan diri ke tempat yang selamat, termasuk Nusantara.
Penghijrahan pelarian-pelarian tersebut dari China juga menunjukkan yang Islam du nusantara datang melalui negeri China.Dan hujah ini dapat di perkuatkan denagn penemuan batu nisan yang bertarikh 419H/1028m.di Pekan Pahang.dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702h/1303M. di Kuala Brang Terengganu.
Adapun mengenai tahap ketiga, ia berlaku selepas jatuhnya Baghdad pada tahun 1258M akibat serangan Mongol.Dengan kejatuhan ini bukanalh menjadikan dakwah Islam di Nusanatra terbantut, bahkan sebaliknya ia berlaku secara besar-besaran.Oleh Prof. M.A Rauf (Rektor pertama UIAM) di katakannya bahawa perkembangan Islam selepas kejatuhan Baghdad ini merupakan peringkat peralihan agama secara besar-besaran (Mass Conversion) .Dalm peringkat ini pihak yang memainkan peranan penting ini bukan sahaja daripada kalangan orang-orang Arab dan Parsi malah juga orang-orang Indiadan anak tempatan Nusantara sendiri.Mengenai peranan orang Arab, yang pertama sekali di ketahui ialah Syeikh Ismail All-Siddiq yang di utuskan oleh Syariff Makkah.Bersama-sama dengan Faqir Muhammad dari Malabar, Syeikh Ismail menuju ke Sumatera dan khususnya Pasai lalu mengislamkan Meurah Silu (1261-1289) .Dan ketika Melaka di perintah oleh Raja Kechik Besar datang seorang Makhdum dari Jeddah, Sayyid Abdul Aziz, lalu mengislamkan raja Melaka ini.
Dalam peringkat inii kita tidak hartus melupakan saham yang di berikan oleh golongan Sayyid dari Hahramaut dalam perkembangan Islam di Nuasntara.Mengenai peranan Mubaligh dari India, memang dalam jangka masa penting ini mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan Islam di Nusantara.Tetapi nampaknya para sarjana dan sejarawan bertikai pendapata yentang daerah, manakan di India sebagai tempat asal Islam di Nusantara.Misalnya berdasarkan kajian G.P Moquette lalu di R.A Kern membuat kesimpulan yang Islam datang dari kawasan Gujerat.1
KEDATANGAN AGAMA ISLAM ke GUGUSAN PULAU-PULAU MELAYU.

JAWA.
Kemewahan saudagar islam di Demak 2yang berulang alik dari Melaka melahirkan semangat dan kemahuan dalam sanubari rakyat Demak untuk mengasingkan politik dari Kerajaan Majapahityang telah beransur-ansur lumpuh..Dalam tahun 1478M.Demak sudah cukup kuat untuk melanggar Majapahit.Raja yang memerintah Demak pada waktu itu ialah Raden Patah, anak Raja Majapahit yang bernama Bera Wijaya..Beliau kemudiannya berjaya memusnahkan kerajaan Majapahit dan menjadikan Demak sebuah negara kesultanan Islam yang pertama di Jawa.Perkembangan ini memberi kesempatan kepada negeri-negeri yang dulunya di kuasai oleh Majapahit, termasuklah Brunei untuk menerima agama Islam.Pengislaman bahagian pedalaman Jawa di wujudkan oleh pengislaman Raja Mataram, sebuah lagi negeri Hindu yang didirikan di Jawa Tengah dalam abad keenam belas.Walau bagaimanapun apabila Belanda sampai di Jawadalam tahun 1597M, sebahagian besar dari bahagian pedalaman pulau itu masih belum menganut agama Islam.Penarukan di JawaTimur masih tetap menganut agama Hindu sehungga tahun 1641M.Belambangan dengan jayanya menentang Sultan Agong dari Mataram dalam usaha baginda hendak mengislamkan negeri tiu, dan Belambangan hanya memeluk agama Islam dalam kurun yang ke lapan belas.Penjajaran di Jawa Barat belum menganut agana islam sehingga tahun 1570M.dan hanya memeluk agama Islam apabila Penambahan Yusuf Sulyan Mataram kedua menakluki Pakur, ibu negeri Panjajaran, dan membunuh semua kerabat di raja negeri itu dan emeperkenalkan Islam di kawasan tersebut.

BANJARMASIN, KALIMANTAN.
Daerah Kalimantan Selatan yang mulka-mula menganut agama islam ialah Banjarmasin..Dahulunya daerah ini adalah sebahagian daripada jajahan kerajaan Majapahit.Setelah kejatuhan kerajaan Majapahit dalam tahun 1478M.Banjarmasin menerima agama Islam melalui kesultanan Demak, kerajaan Majapahit di Jawa.Menurut cerita-cerita lama, penerimaan agama Islam oleh Banjarmasin adalah sebagai syarat yang di tetapkan oleh kesultanan Demak yang telah mengirim bantuan tentera ke Banjarmasin untuk menghapuskan penberontakan penduduk asli Kalimantan Selatan.




SULAWESI.
Di Pulau Sulawesi, penduduk yang mula-mula menganut agama Islam ialah suku Bugis yang tinggal di Makasar, semenanjung barat daya pulau tersebut.Mereke ini di islamkan oleh seorang mubalugh dari Pedir yang bernama Syekh Ali Al-Kaisar, dengan di Bantu oleh Raja Jalil, anakanda Sultan Kahar, Aceh, kira-kira di akhir kurun kelima belas.Drai daerah ini agama Islam dengan perlahan-lahan masuk ke segenap pelesok.Di Pulau ini agama Islam telah berlimba-limba dengan agama kristian secara jujur dan sihat.
Suku Bugis adalah penduduk yang terbanyakdan yang paling maju dan kaya.Mereka adalah pedagang dan ahli pelayaran yang berani mengharungi segala kawasan perairan di gugusan kepulauan Melayusehingga mereka dapat mendirikan kerajaan kecil di beberapa daerah.3





Sebenarnya tidak ada catatan sejarah yang jelas dan bileh di pertnaggungjawab tentang perkembangan agama Islam ke alam Melayu.Hali ini di sebabkan kurang bahan –bahan penyedilikan yang dapat di kesan oleh ahli sejarah seperti tugu-tugu, batu-batu bersurat dan lain-lain peninggalanbahan –bahan sejarah dari pengaruh Hindu dan Barat.Tetapi wujudnya orang Arab di Timur jauh ini telahoun bermula sejak tahun Hijrah yang pertama atau sejak abad ketrujuh Masehi lagi, bahkan lebih awal dari tahun itru lagi.Ahli-ahli sejarah Arab itu sendiri, seperti Al-Tabari dan Al-Masudi pernah menyatakan bahawa telah ada kapal-kapal yang belayar di antara negeri Arab dengan negeri China sebelum kemuncukan Rasulullah di Semenanjung Tanah Arab.Mereka telah mempunyai tapak perniagaan di sepanjang pelabuhan dari Canton hingga ke Tanah Arab.
Kemudian dalam abad yang kelapan Masehi, terdapat masyarakat Islam yang ramai di Canton di negeri China.Hal ini kemungkinan besar mereka telah mempunyai banyak tempat kediaman di sepanjang jalan perniagaan dari Canton ke Tanah Arab seperti India, Jawa dan Malaya.Tempat kediaman ini makin berkembang lagi apabila orang-orang Moghul dalam abad ke tiga belas Masehitelah melakukan keganasan dan mengganggu perjalanan darat yang menyeberangi Asia Tengah, di mana pusat perniagaan seperti Bukhara, Samarqand, Kabul dan lain-lain tempat telah di kuasai oleh mereka.Hali ini mempereratkan lagi perhubungan di antara orang-orang Islam dari Pedagang Arab dengan alam Melayu.
Dalam abad ke lapan dan kesembilan Masehi, pengembara-pengembara dan pedagang Arab, Parsi, dan India bertumpu ke gugusan pulau-pulau Melayuuntuk melakukan lawatan dan perniagaan di negeri Sriwijaya yang berada dipuncak kebesarannya dan kegemilangannya pada waktu itu.Di antara mereka ini ada yang singgah sekadar berniaga dan ada pula yang menetap dalam masyarakat Melayu.Secara beransur-ansur mereka ini telah mengislamkan penduduk tempatan.

Catan-catan sejarah menunjukkan bahawa alam Melayu telah pun mengenal agama Islam sejak kurun permuklaan hijrah lagi di mana ia merupakan peringkat pengenalan ke atas satu proses penyebaran agama Islam.Sebuah batu nisan di ukir dengan huruf Arab yang bertarikh 1082-1102M.telah di jumpai di gerisik Jawa.Ini bukti jelas yang menunjukkan bahawa pada wakti itu telah ada orang Islam di situ.Cuma penyebaran Islam secara berencana dan beramai-ramai sahaja berlaku di kurun yang ketiga belas Masehi apabila lahirnya kerajaan Islam Pasai di Sumatera Utara.Rekod daripada catatan orang Cina ada menyebutkan berkenaan dengan dua orang utusan yang bernama Sulaiman dan Syansuddin dari Kerajaan Pasai ini dating ke istana Mongol di negeri China dalam tahun Masehi1281.
Sebelum kurun Masehi yang ketiga belas penyebaran agama Islam di kawasan ini berlaku secara tidak langsung.Orang Arab dan India yang dating ke gugusan kepulauan Melayu adalah tujuan utama mereka untuk berniaga.Setelah mereka mempunyai tapak ekonomi yang kukuh maka lahirlah satu penghormatan yang besar di kalangan penduduk tempatan hingga akhirnya dengan senang mereka dapat memperkenalkan agama Islam.
Penyebaran agama Islam di Melaka pula berlaku dalam tahunM.Parameswara menganut agama Islam setelah ia berkahwein dengan Puteri Sultan Pasai yang telah beragama Islam.Parameswara kemudiannya mengubah namanya kepada Megat Iskandar Syah.

Penyebaran agama Islam yang pertama datangnya melalui India di zaman pemerintahan kesultanan Delhi.Masyarakat Melayu wakti itu menyanjung tinggi kemajuan perniagaan dan kebudayaan yang telah di capai oelh pemerintahan tersebut.Tetapi ahli sejarah berselisihan pendapat tentang tempat manakah Islam dari India itu dating ke Nusantara.Ada yang mengatakan dari Pelabuhan Cambay dari daerah Gujerat, ada pula yang mengatakan dari Benggala dalam kawasan Coromandeldi sebelah Timur India.Kebanyakan ahli sejarah menetapkan bahawa Islam datang dari pelabuhan Cambay dari daerah Gujerat, berdasarkan kepada batu-batu nisan yang di jumpai.Batu nisan yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Saleh (1297m) di Pasai, batu nisan Waliullah, Abdullah bin Muhammad (1470M) dan batu marmar di perkuburan Maulana Malik Ibrahim di Gerisik Jawa (1419M) , adalah hasil pertukangan tangan orang Islam di Gujerat.